PERTANYAAN

Halaman Pengguna

Soalan Lazim

Pertanyaan Am

Dimanakah saya perlu salurkan aduan tentang sebarang masalah berkaitan bekalan air ?
  • Gunakan aplikasi mySADA; muat turun di Playstore & iOS
  • Isi borang aduan melalui laman web; E-Aduan
  • Hubungi talian HOTLINE¬†1-300-88-0017
  • Email kepada aduan@sada.com.my
Bagaimana cara untuk mendapat maklumat atau notifikasi notis kecemasan air ?
  • Semak Info Pengguna di laman web SADA
  • Aktifkan butang loceng di sebelah kanan bawah laman web SADA
  • Notifikasi akan dihantar melalui aplikasi mySADA secara automatik
Bolehkah saya membuat bayaran secara atas talian ?
  • Bayaran boleh dibuat melalui aplikasi mySADA
  • Bayaran boleh dibuat melalui laman web SADA
  • Semak laman web SADA, halaman Info Pengguna > Agen Kutipan Bil untuk maklumat lanjut
Berapa kalikah kekerapan saya menerima bil air dalam sebulan?
  • Anda akan menerima bil air sebanyak sekali sebulan
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya tidak menerima bil air ?
  • Laporkan kepada pejabat atau kaunter SADA yang berdekatan
  • Hubungi talian HOTLINE¬†1-300-88-0017 untuk memaklumkannya
Adakah saya boleh menerima bil air melalui emel ?
  • Perkhidmatan ini masih belum disediakan

Kebocoran Air Selepas Meter

Bagaimanakah cara pemeriksaan kebocoran air selepas meter ?
Kebiasaanya, sistem pepaipan selepas meter ditanam dibawah tanah, dan apabila berlakunya kebocoran paip air selepas meter, petunjuk kepada kebocoran selepas meter adalah seperti berikut:
  • Bacaan bil air meningkat secara berperingkat
  • Permukaan tanah atau lantai yang lembab dan basah
  • Penurunan tekanan bekalan air
Sekiranya tiada petunjuk kebocoran secara fizikal, pengguna boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk mengesan sekiranya terdapat kebocoran paip selepas meter:
  • Tutup semua tap air dan pepasangan dalam bangunan
  • Catat bacaan pada meter selepas semua tap dan pepasangan air ditutup (angka merah yang terakhir)
  • Sekiranya angka di meter / jarum meter masih bergerak, ini bermaksud terdapat kebocoran selepas meter
Setelah dipastikan bahawa terdapat kebocoran selepas meter, pengguna hendaklah menghubungi tukang paip yang berdaftar dengan SPAN untuk membuat pemeriksaan dan pembaikan kebocoran tersebut.
Dimanakah boleh saya dapatkan senarai tukang paip yang diperakui oleh SPAN ?
Semak laman web SADA, halaman Info Pengguna > Senarai Tukang Paip untuk senarai tukang paip berdaftar.

Buat carian senarai tukang paip mengikut kawasan anda.

Pemotongan Bekalan

Mengapakah bekalan air saya dipotong ?
Anda berada disalah satu daripada 2 jenis pemotongan air berikut:
  • Penguatkuasaan pemotongan bekalan
  • Penutupan akaun atas permintaan pengguna
Mengapakah pemotongan bekalan dikuatkuasakan ?
  • Untuk memungut jumlah tertunggak dari pengguna kerana gagal menjelaskan tunggakan bil air
  • Untuk meningkatkan kecekapan aliran tunai syarikat
  • Untuk memberi kesedaran kepada pengguna betapa pentingnya menjelaskan bil mengikut tempoh ditetapkan
Bilakah penguatkuasaan pemotongan bekalan akan terjadi ?
  • Pengguna gagal menjelaskan tunggakan dalam masa yang ditetapkan
  • Pengguna gagal untuk menjelaskan baki hutang tertunggak
  • Pengguna didapati membuat sambungan haram ke premis
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh SADA sebelum melakukan pemotongan bekalan air pengguna ?
  • SADA akan menghantar Notis Peringatan kepada pengguna yang mempunyai tunggakan bil air melebihi dua bulan bersama salinan bil air yang baru
  • Sekiranya pembayaran tunggakkan bil masih belum dibuat, Notis Pemotongan akan dikeluarkan kepada pengguna 14 hari selepas Notis Peringatan, pemotongan bekalan air akan dilakukan mengikut jadual pemotongan oleh Unit Potong Sambung mengikut wilayah
  • Untuk mengelakkan pemotongan bekalan air, pengguna perlu membayar tunggakan bil tersebut ataupun 75% daripada jumlah tunggakan tersebut
  • Sekiranya pemotongan telah dibuat, pengguna perlu membayar kesemua jumlah tunggakan tersebut beserta jumlah penyambungan semula sebanyak RM 70.00
  • Pembayaran tunggakan bil serta penyambunyan semula bekalan hendaklah dilakukan di kaunter SADA daerah masing - masing
Bilakah bekalan air anda akan disambung semula ?
  • Bekalan air akan disambung semula dalam tempoh 24 jam selepas semua bayaran tertunggak dijelaskan.

Permohonan Berkaitan

Permohonan untuk menukar nama dan akaun pengguna ?
Proses penutupan akaun:
  • Menjelaskan semua akaun yang tertunggak
  • Membawa salinan asal resit deposit
  • Salinan kad pengenalan penama
Proses penukaran nama dan akaun pengguna:
  • Salinan resit asal
  • Salinan bil air
  • Salinan kad pengenalan penama
Bagaimanakah proses untuk menukar nama pemilik akaun bil air ?
Proses penukaran nama pemilik akaun bil air terbahagi kepada dua iaitu penukaran nama secara individu ataupun syarikat:
A. Proses penukaran nama pemilik akaun syarikat adalah seperti berikut:
  • Sediakan Salinan Perjanjian Jual Beli/Sewa/ Geran dan Cukai Pintu/Surat Tawaran.
  • Borang Pendaftaran Syarikat/SSM atau salinan kad pengenalan
  • Caj deposit (bergantung kepada premis) sebanyak RM 340.00, untuk premis sewaan, pelu membawa surat sumpah daripada pemilik premis.
  • Salinan bil air premis yang terdahulu atau bil air jiran
  • Pembelian Borang SADA 6 dan borang perjanjian sebanyak RM 5.00
  • Isi maklumat pada borang tersebut dan matikan Setem Hasil (RM 10.00) di borang perjanjian dan bawa semula borang tersebut ke pejabat SADA daerah masing - masing untuk diproses
B. Proses penukaran nama pemilik akaun individu adalah seperti berikut:
  • Sediakan Salinan Perjanjian Jual Beli/Sewa/ Geran dan Cukai Pintu/Surat Tawaran/;Surat kebenaran mendiami kuarters.
  • Salinan kad pengenalan
  • Caj deposit (bergantung kepada premis) sebanyak RM 140.00, untuk premis sewaan, pelu membawa surat sumpah daripada tuan rumah.
  • Salinan bil air premis yang terdahulu atau bil air jiran
  • Pembelian Borang SADA 6 dan borang perjanjian bekalan air sebanyak RM 5.00
  • Isi maklumat pada borang tersebut dan matikan Setem Hasil (RM 10.00) di borang perjanjian dan bawa semula borang tersebut ke pejabat SADA daerah masing - masing untuk diproses
Bagaimanakah proses untuk menukar status bekalan dari bekalan sementara ke bekalan tetap ?         
A. Sediakan dokumen-dokumen seperti berikut:
  • Salinan Kad pengenalan
  • Salinan Geran Tanah
  • Bil air terdahulu
Bawa kesemua dokumen - dokumen tersebut ke pejabat SADA di daerah masing - masing besertakan deposit bekalan air semula RM 100 serta bayaran kos sumbangan sesalur (minimum RM 500)
Pengguna harus membuat pembelian Borang SADA 6 dan borang perjanjian bekalan air sebanyak RM 5.00
Isi maklumat pada borang tersebut dan matikan Setem Hasil (RM 10.00) di borang perjanjian dan bawa semula borang tersebut ke pejabat SADA daerah masing - masing untuk diproses
Permohonan untuk penutupan akaun ?
Anda boleh memohon untuk penutupan akaun atas sebab-sebab berikut:
  • Berpindah rumah
  • Premis musnah akibat kebakaran/bencana
Anda hendaklah menyediakan dokumen berikut untuk proses penutupan akaun
  • Surat permohonan penutupan akaun
  • Salinan asal resit deposit

Talian Hotline

Sekiranya anda menghadapi sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 1-300-88-0017 atau anda boleh menghantarkan mesej kepada kami melalui borang atas talian berikut:

Pejabat Berhampiran

  • Ibu Pejabat Syarikat Air Darul Aman
    Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd,
    No. 892, Jalan Sultan Badlishah,
    05000 Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.
    04 - 7400500
    Pejabat Pengurus Wilayah Kedah Utara 1
    Tingkat 1,
    Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd.
    No. 892, Jalan Sultan Badlishah,
    05000 Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-7400594
    Kaunter Ibu Pejabat
    Aras bawah,
    Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd,
    No. 892, Jalan Sultan Badlishah,
    05000 Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-7408915
    Pejabat Daerah SADA (Pendang)
    No. 23 Persiaran Pendang Square 2,
    06700 Pendang,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-7593571
    Pejabat Daerah SADA (Yan)
    Pekan Yan Kecil,
    06900 Yan,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-4657660
    Pejabat Pengurus Wilayah Kedah Utara 2
    11-A, Jalan PJ 1,
    Pekan Jitra 2,
    06000 Jitra,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-9176296
    Pejabat Daerah SADA (Kubang Pasu)
    14-A, Pekan Jitra 2,
    06000 Jitra,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-9176296
    Pejabat Daerah SADA (Padang Terap)
    Bangunan Majlis Daerah Padang Terap,
    Jalan Semeliang,
    06300 Kuala Nerang,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-7860181
    Pejabat Urusan Daerah (Pokok Sena)
    No. 5, Rumah Kedai Bangunan Baitulmal,
    Depan Masjid Baru,
    06400 Pokok Sena,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-7822341
    Pusat Latihan SADA Changloon
    KM10.3 Lebuhraya Bukit Kayu Hitam,
    06010 Changloon,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-9241093
    Pejabat Penyelenggaraan SADA (Ayer Hitam)
    KM 21 Jalan Alor Setar-Kangar,
    Loji Air,
    05150 Air Hitam,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-7940401
    Pejabat Pengurus Wilayah Kedah Tengah
    Jalan Kolam Air,
    08000 Sungai Petani,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-4210848
    Kaunter SADA UTC Sungai Petani
    Bangunan Ukir Square,
    Jalan Kuala Muda,
    08000 Sungai Petani,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-4213858
    Pejabat Daerah SADA (Gurun)
    54, Jalan Jerai Maju,
    Taman Jerai Maju,
    08300 Gurun,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-4681371
    Pejabat Pengurus Wilayah Kedah Timur
    No.1, Jalan Kota Bayu Jaya 2,
    Kota Bayu Jaya,
    09100 Baling,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-4701066
    Pejabat Daerah SADA (Sik)
    Jalan Tunku Ibrahim,
    08200 Sik,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-4694133
    Pejabat Daerah SADA (Kuala Ketil)
    Jalan Sungai Petani-Baling,
    09300 Kuala Ketil,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-4164270
    Pejabat Pengurus Wilayah Kedah Selatan
    No 87,88&89,
    Jalan Kota Kenari 2,
    Kota Kenari,
    09000 Kulim,
    Kedah Darul Aman
    Tel: 04-4903989
    Pejabat Penyelenggaraan SADA (Kulim)
    Batu 3, Jalan Lunas,
    06150 Lunas,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-4846770
    Pejabat Daerah SADA (Bandar Baharu)
    No. 2, Kompleks Sri Tasik,
    09800 Serdang,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-4076943
    Pejabat Pengurus Wilayah Langkawi
    No. 29&30 Jalan Bunga Raya 1,
    Langkawi Mall,
    07000 Bandar Kuah,
    Langkawi,
    Kedah Darul Aman.
    Tel: 04-9610546